Wednesday 20 July 2016

Penyelesaian Konflik Moral

5.) Nyatakan 3 cara penyelesaian konflik moral.
Tiga cara penyelesaian konflik moral yang boleh dilakukan ialah dengan cara pembinaan heirarki, pencairan dan kompromi.
Bagi strategi pertama iaitu pembinaan heirarki, orang yang menghadapi konflik moral mempunyai dua nilai yang bercanggah dan perlu mempersoalkan diri sendiri tentang yang mana lebih penting. Hanya satu boleh dipilih dan satu lagi harus ditinggalkan. Sebagai contoh, kita harus melaporkan kepada pensyarah tentang rakan kita yang melakukan plagiat sedangkan dia adalah kawan baik kita. Kita terpaksa menyusun nilai bercanggah dalam satu heirarki. Dua nilai bercanggah yang terdapat di sini ialah kesetiaan dalam persahabatan dan kejujuran dalam peperiksaan. Keputusan kita adalah bergantung kepada kepentingan nilai bercanggah. Jika kita melaporkan kepada pensyarah kita menganggap nilai kejujuran lebih penting. Strategi ini membantu kita dalam menyusun nilai yang berkonflik mengikut keutamaan. 
Strategi kedua ialah pencairan.Asas strategi ini adalah perkembangan alternatif dalam menyelesaikan konflik. Contohnya, dua orang murid dipilih sebagai satu kumpulan untuk menyiapkan tugasan. Namun kedua duanya tidak dpat bekerjasama kerana menganggap cara mereka sendiri lebih baik. Untuk ini, mereka mencari pendirian lain untuk menyiapkan tugasan mereka. Strategi pencairan memfokuskan tentang apa yang dihajati pada akhirnya. Jadi, dalam situasi ini, kedua-dua murid dapat membezakan matlamat dengan cara mencapai matlamat. Hal ini bermaksud mereka boleh guna alternatif lain demi menyiapkan tugasan.

Strategi ketiga ialah kompromi. Strategi ini menggalakkan perbincangan antara dua pihak untuk mencari penyelesaian. Andaian dalam konflik ini ialah orang yang berkonflik itu akan duduk semeja berbincang bagi menyelesaikan konflik tersebut.Sebagai contoh, dua lelaki bergaduh kerana berebut perempuan. Jadi mereka akan berbincang cara untuk menyelesaikan konflik itu.`

No comments:

Post a Comment