Wednesday 20 July 2016

Kemahiran Asas Dalam Hoki

PERMAINAN HOKI

KEMAHIRAN MENGHANTAR DAN MENAHAN BOLA

ANSUR MAJU

1.0 MENGHANTAR BOLA

Terdapat dua cara dalam menghantar bola iaitu menolak bola dan juga memukul bola

Menolak bola
i.) Menolak bola bertujuan untuk memberikan bola kepada rakan sepasukan semasa perlawanan    hoki.
ii.) Cara-cara menolak bola ialah

1.) Pegang kayu hoki dengan cara yang betul.
2.) Pastikan posisi jarak antara dua tangan semasa memegang kayu hoki.
3.) Rapatkan kayu hoki dengan bola hoki.
4.) Tolak bola hoki tersebut dengan keadaan kayu hoki rapat dengan bola.

Memukul bola
i.) Memukul bola bertujuan untuk menjaringkan gol dalam permainan hoki.
ii.) Cara-cara memukul bola ialah

1.) Pegang kayu hoki dengan cara yang betul.
2.) Cara pegang kayu hoki semasa memukul bola berbeza daripada menahan bola.
3.) Sama juga tangan kiri memegang kayu hoki di bahagian atas dan tangan kanan di bahagian bawah.
4.) Rapatkan tangan kiri dan kanan semasa memegang kayu hoki untuk mendapatkan momentum.
5.) Ambil momentum dengan menarik kayu hoki ke belakang sedikit dan pukul bola hoki.













2.0 MENAHAN BOLA

Terdapat dua cara juga dalam menahan bola iaitu tunjuk bola dan juga condong kayu hoki.

Tunjuk bola
i.) Tunjuk bola bertujuan untuk menghentikan bola di bahagian kanan.
ii.) Cara-caranya ialah

1.) Perhatikan arah bola bergerak 
2.) Tunjuk bola tersebut menggunakan kayu hoki
3.) Ikut arah pergerakan bola hoki.
4.) Ikut bola menggunakan kayu hoki sehingga bola sampai ke arah kita
5.) Hentikan bola menggunakan bahagian hujung kayu hoki.

Condong kayu hoki 
i.) Condong kayu hoki bertujuan untuk menghentikan bola di bahagian kiri
ii.) Cara-caranya ialah

1.) Mata memerhati bola.
2.) Bongkokkan badan ke arah kiri.
3.) Letak kayu hoki secara mendatar di atas lantai 
4.) Condongkan kayu hoki bagi tujuan menghentikan bola.


No comments:

Post a Comment